HomeIsu tempatanWong Wee Tyng Raih Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2020

Wong Wee Tyng Raih Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2020

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perniagaan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Wong Wee Tyng menerima anugerah Malaysian Institute of Accountants (MIA) Best Accounting Student Award 2020.

Anugerah diterima semasa MIA International Accountants Conference (MIAC) 2021 yang dianjurkan secara dalam talian baru-baru ini.

“Anugerah ini diberikan kepada pelajar terbaik bagi universiti tempatan yang diakreditasi oleh badan profesional MIA, sekali gus mengharumkan nama UMS di peringkat kebangsaan.

“Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan yang dikecapi. UMS khususnya FPEP merasa bangga atas pengiktirafan yang telah diraih oleh pelajar tahun akhir ini,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kenyataan itu turut memaklumkan bahawa akreditasi oleh badan profesional seperti MIA penting untuk meningkatkan mutu dan kebolehpasaran graduan Program Perakaunan.

Kurikulum yang holistik juga melahirkan graduan yang mampu bersaing dengan pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta lain di Malaysia.

“Selain MIA, Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di FPEP UMS turut menerima akreditasi dari badan profesional lain termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

“Pusat Perakaunan UMS juga sentiasa menganjurkan program bersama badan profesional tersebut bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pakar industri berkaitan profesion perakaunan,” jelas kenyataan itu.

Pada 6 September 2021, pusat itu akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Perakaunan secara virtual melibatkan para pensyarah Program Perakaunan UMS dan peserta dari jabatan, agensi dan organisasi swasta.

Seminar tahunan itu sebagai platform kepada para penyelidik membentangkan penyelidikan masing-masing sekali gus menjadi medan perbincangan hasil dapatan penyelidikan semasa dan kajian pada masa akan datang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

83 sertai seminar pendidikan pelajar pekak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular