HomeUtamaBekas Ahli Parlimen Beaufort Ditidurkan Akibat COVID-19

Bekas Ahli Parlimen Beaufort Ditidurkan Akibat COVID-19

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mula ditidurkan kira-kira jam 2 petang tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah selepas disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan isteri beliau Datin Seri Normilah Siong ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Katanya, keadaan kesihatan Lajim mula merosot sejak semalam dan pihak hospital mengambil keputusan untuk memasang alat bantuan pernafasan seterusnya ditidurkan pagi tadi.

“Hari ini masuk hari ke-13 dia sudah rasa macam tidak kuat, doktor suruh dia rehat. Pagi tadi, saya ada menghubungi pihak hospital dan telah dimaklumkan bahawa beliau (Lajim) akan dipasangkan ventilator  (alat bantuan pernafasan).

“Selepas saya bercakap dengan doktor yang merawat,dia sempat membuat panggilan video bersama anak-anak.  Saya mohon doakan kesembuhan beliau,” katanya.

Normilah berkata, Lajim sebelum disahkan positif sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat.

Katanya, selepas pulang dari Kudat, beliau mula merasa tidak sihat dan dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Gleanagles pada sebelah malam.

“Selepas itu beliau disahkan positif wabak COVID-19 dan mula menjalani kuarantin di Hospital Pakar KPJ pada keesokkan hari sehingga sekarang.

“Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya