COVID-19: Tempat Kerja Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu kluster berpunca dari tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, kluster tempat kerja tersebut iaitu Kluster Sungai Pin 3, Kinabatangan membabitkan di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Kata Masidi, kes indeks merupakan pekerja ladang, wanita, 51, yang bergejala sejak 27 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Batu Putih, Kinabatangan pada 09 Ogos 2021.

Bagaimanapun, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut setelah keputusan saringan RTK-AG menunjukkan positif dengan grading 100%.

Namun aktiviti persampelan terhadap 83 kontak mendapati 55 daripadanya dikesan positif termasuk 52 kes baharu yang dilaporkan hari ini meliputi kontak pekerja dan tanggungan.

Sehubungan dengan itu, siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *