COVID-19 : 63.1 Peratus Kes Positif Merupakan Kes Daftar Lewat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan angka kes COVID-19 baharu melebihi paras 3,000 hari ini apabila mencatat jumlah sebanyak 3,376 kes iaitu meningkat 902 kes berbanding 2474 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu melibatkan kes daftar lewat yang didaftarkan antara dua hingga lebih lima hari.

“Dari jumlah kes harian yang direkodkan hari ini, sebanyak 430 kes atau 12.7 peratus adalah kes daftar lewat melebihi lima hari manakala sebanyak 414 kes atau 12.3 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari.

“Selain itu, sebanyak 1,286 kes atau 38.1 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua hingga tiga hari,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, kes di daerah Tuaran naik kepada 438 kes hari ini dengan penambahan sebanyak 262 kes manakala Kota Kinabalu mencatatkan kes sebanyak 741 kes.

Katanya, bagi daerah Penampang sebanyak 335 kes telah direkodkan, Papar (257 kes), Sandakan (209 kes), Tawau (179 kes), Sipitang (146 kes), Putatan (134 kes), Lahad Datu (132 kes), Keningau (126 kes), Beaufort (122 kes) dan Kinabatangan (107 kes).

“Sebanyak 2,094 kes atau 62 peratus adalah daripada saringan kontak rapat, 784 kes atau 23.2 peratus adalah daripada saringan bergejala dan 164 kes atau 4.9 peratus adalah daripada saringan kluster.

“Hampir 65 peratus daripada mereka yang dijangkiti adalah mereka yang terdiri daripada golongan umur 17 hingga 59 tahun, 19 peratus atau 639 kes yang dijangkiti terdiri daripada umur 6 hingga 17 tahun,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 296 kes atau 8.8 peratus yang dijangkiti terdiri daripada golongan umur antara 1 hingga 5 tahun dan 227 kes dijangkiti atau 6.7 peratus terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *