Suri Rumah Berbusana Jalur Gemilang Curi Tumpuan Di PPV

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: “Idea mengenakan busana Jalur Gemilang ini timbul secara spontan selain mahu buat kelainan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” kata penerima vaksin, Valerie Sitibon @ Aisyah.

Suri rumah berusia 33 tahun itu hadir ke PPV Wisma Wanita baru-baru ini bagi melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19.

Katanya, dia mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan busananya dengan menggunakan fabrik bersaiz empat meter pelbagai warna.

“Saya juga mahu menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan dalam norma baharu dimana ketika ini kita berdepan pandemik COVID-19.

Valerie Sitibon @ Aisyah ketika mengayakan busana bertemakan Jalur Gemilang

“Selain itu, saya juga mahu memberi semangat kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan wabak ini dapat ditangani dengan lebih baik,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Valerie berkata, dia hanya menggunakan modal sebanyak RM50 bagi menghasilkan busana bertemakan Jalur Gemilang termasuk aksesori bunga yang dipakai.

Katanya yang turut mengakui berasa gembira kerana dapat menzahirkan rasa cinta kepada negara dan tidak malu untuk berpakaian sedemikian ke PPV.

Kehadiran Valerie di PPV Wisma Wanita itu turut menerima reaksi positif dari orang awam yang hadir termasuk petugas barisan hadapan untuk bergambar.

Dia melengkapkan dos kedua vaksin pada 18 Ogos lalu manakala dos pertama diterima sebelum itu pada 28 Julai 2021.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *