HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Di Sabah Dijangka Terus Meningkat

COVID-19 : Kes Jangkitan Di Sabah Dijangka Terus Meningkat

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah dijangka akan terus meningkat berdasarkan trend peningkatan kes pada Mei dan Jun lalu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Richard Avoi berkata, andaian itu disebabkan lebih ramai orang terdedah kepada jangkitan ketika kurang kawalan pergerakan sosial dan liputan vaksinasi yang masih rendah.

“Ini merupakan satu cabaran untuk mengekalkan kelangsungan hidup tatkala semua pihak masih berusaha menangani wabak pandemik pada masa ini.

Berdasarkan trend harian kes COVID-19 di Sabah, diramalkan jumlah kes akan tetap meningkat dalam 2 hingga 3 minggu akan datang.

“Dengan menggunakan model epidemiologi dan berdasarkan trend harian kes COVID-19 yang dilaporkan dari 1 Jun 2021 hingga 18 Jun 2021, diramalkan bahawa jumlah kes akan tetap meningkat dengan bilangan kes sekitar 2000-2500 dalam 2-3 minggu akan datang,” katanya.

Dr Richard berkata, jika ditingkatkan jumlah populasi yang terdedah kepada jangkitan sebanyak 30 peratus, jumlah kes harian dijangka meningkat menjadi sekitar 3500 hingga 3700 kes dalam 2 hingga 3 minggu akan datang.

Justeru katanya, keutamaan sekarang adalah untuk mengurangkan jumlah populasi yang terdedah kepada jangkitan COVID-19 melalui program vaksinasi.

“Namun untuk meningkatkan jumlah populasi dengan vaksinasi lengkap, masih memerlukan sedikit masa lagi. Berdasarkan ramalan model ini, kemungkinan peningkatan kes tertinggi akan berlaku.

“Oleh itu, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi kemungkinan peningkatan ini, dan orang ramai disarankan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan  tinggal di rumah jika tidak ada keperluan penting untuk keluar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya