MELAKA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru seluruh rakyat khususnya di Sabah supaya berhati-hati dengan peningkatan kes COVID-19 di Sabah sejak beberapa minggu ini dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Dapatkan vaksin, duduk di rumah, amalkan kebersihan dengan baik dan elakkan keluar jika tidak perlu atau elak menghadiri perjumpaan, keluarga atau sebaliknya. Ini adalah langkah-langkah yang kita mesti dipatuhi, untuk membendung penyebaran COVID-19, ”katanya.
Hajiji berkata demikian disebabkan lonjakan tinggi jumlah statistik COVID-19 negeri sejak beberapa minggu ini.
Tambahnya, dijangkakan akan lebih banyak bekalan vaksin yang akan sampai dalam beberapa hari lagi, semua pihak digesa memainkan peranan mereka untuk memerangi pandemik ini.
Terdahulu, Hajiji mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (DR) Mohd Ali Mohd Rustam semasa lawatan kerjanya pada Khamis di Kuala Lumpur.
Hajiji turut ditemani oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/ Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.