HomeUtamaPICK : UMS Komited Jaya Program Vaksinasi Kekang Peningkatan Kes COVID-19 di...

PICK : UMS Komited Jaya Program Vaksinasi Kekang Peningkatan Kes COVID-19 di Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited dalam mengoptimumkan penggunaan kemudahan, sumber tenaga dan kepakaran yang ada di universiti untuk menggerakkan dan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, hanya dengan pelaksanaan PICK secara menyeluruh mampu menangani peningkatan kes yang semakin meruncing di negeri Sabah.

“Bagi menjayakan PICK, Pusat Pemberian Vaksinasi Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) UMS telah memberikan suntikan vaksinasi sebanyak 83,059 dos vaksin COVID-19 kepada orang awam sekitar Kota Kinabalu sejak dibuka pada 14 Jun lalu.

“Kita tidak mahu membiarkan ada masyarakat yang belum divaksin kerana kita khuatir mereka akan membawa jangkitan dalam komuniti, dan ini yang menjadi kerisauan kita,” katanya.

(Kiri) Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin / (Kanan) Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree

Menurut Taufiq, melalui pemberian vaksinasi kepada orang ramai situasi COVID-19 di Sabah dijangka akan lebih terkawal sebagaimana yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, ia selepas Labuan mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa dan mencatatkan trend kes positif COVID-19 harian kepada satu digit secara konsisten.

Bagi Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree turut bersetuju bahawa vaksinasi adalah kaedah paling berkesan bagi mengatasi peningkatan kes positif COVID-19 harian di Sabah yang telah mencecah melebihi 3,000 sehari.

“Oleh itu, tidak terhad hanya di PPV, kita juga telah menggerakkan kakitangan untuk melaksanakan program outreach vaksinasi mobile di kawasan kampung serta kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) agar penduduk di kawasan berkaitan menerima suntikan vaksin.

“Kita akan meneruskan kerjasama dengan JKNS dan pelbagai pihak bagi menjayakan usaha mencapai imuniti berkelompok secepat mungkin,” kata Mohammad Saffree.

Ujar beliau, program vaksinasi adalah jalan keluar dari belenggu pandemik COVID-19 yang telah lebih setahun menjejaskan kehidupan normal masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya