COVID-19: Jangkitan Kes Positif di Sabah Melibatkan 31 Bayi Dan 297 Kanak-Kanak

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 baharu hari ini ialah sebanyak 3,487 melibatkan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak iaitu 31 kes bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun dan 297 kes adalah kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 5 tahun.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun majoriti pesakit 2,240 kes adalah mereka dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun tetapi terdapat juga jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

Namun 26 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 11 kes di Tawau, sembilan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Putatan manakala Pitas, Papar, dan Keningau masing-masing satu kes.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, laporan harian mencatatkan Daerah Kota Kinabalu 609 kes, Penampang 450 kes, Sandakan 367 kes, Kinabatangan 249 kes, Tawau 215 kes, Papar 185 kes, Tuaran 183 kes, Keningau 128 kes, Lahad Datu 122 kes dan Telupid 111 kes.

Katanya, daripada 3,487 kes hari ini, 1,550 kes atau 44.5% adalah kes-kes yang lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 294 kes atau 8.4% antara 4 hingga 5 hari dan 315 kes atau 9% melebihi 5 hari.

Sebanyak 2,846 kes melibatkan warganegara dan 641 kes adalah bukan warganegara.

Manakala 1,992 kes atau 57.1% orang adalah melalui Saringan Kontak Rapat, 856 kes atau 24.6% melalui Saringan Bergejala dan 263 kes atau 7.5% adalah daripada Saringan Kluster.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *