HomeUtamaPBS Ucap Terima Kasih Pada PM

PBS Ucap Terima Kasih Pada PM

Read Time:1 Minute, 8 Second

KUALA LUMPUR: Bagi pihak Parti Bersatu Sabah, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob atas kesempatan untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara melalui Kabinet Persekutuan.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kekal menjadi menteri penuh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) ketika senarai barisan menteri kabinet baharu diumumkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Maximus berkata, tanggungjawab yang diberikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) adalah penting dan strategik, terutama bagi meneruskan perjuangan untuk memenuhi isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang sering menjadi perbincangan hangat dikalangan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak, dimana mereka berharap tuntutan MA63 dapat ditunaikan.

Menurut Maximus, terdapat banyak usaha yang telah dilakukan, terutama sekali dalam mengenalpasti isu-isu untuk diselesaikan, serta pelan tindakan yang telah disusun, terutamanya perkara-perkara yang memerlukan pengubalan dari segi dasar, peraturan, perundangan dan perlembagaan.

“Saya sedia untuk bekerjasama erat dengan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk menjayakan segala perancangan dan pelan tindakan yang akan dikenalpasti dan dilaksanakan.

“Saya yakin melalui Kabinet baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri, hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam MA63, serta perkara-perkara yang berkaitan, akan mendapat sokongan penuh, diketengahkan dan diselesaikan sepenuhnya, sesuai dengan harapan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Rayuan Terima Pemohonan Pendakwaan, Bung Moktar dan Isteri Diarah Bela...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular