HomeIsu tempatanKibar Jalur Gemilang, Bersatu Jayakan PICK

Kibar Jalur Gemilang, Bersatu Jayakan PICK

Read Time:1 Minute, 34 Second

TENOM: Selain mengibarkan Jalur Gemilang, masyarakat disaran bersatu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 (PICK).

Pegawai Daerah Tenom, Sungkim Rumangun berkata, selain mengibar Jalur Gemilang, semangat cinta negara itu juga boleh dizahirkan dengan sokongan kepada usaha-usaha kerajaan dalam membendung wabak Covid-19 dengan cara mendaftar dan menerima vaksinasi.

“Masyarakat perlu bersatu dan menghayati rasa cinta kepada negara terutama dalam situasi pandemik ketika ini.

“Justeru, saya menyarankan kepada masyarakat di daerah ini untuk bersama-sama menyahut seruan kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah, kenderaan ataupun di pejabat sempena bulan kebangsaan.

“Pada zaman dahulu, perjuangan kita adalah menentang musuh bagi mendapatkan kemerdekaan tetapi pada masa ini kita diminta kerjasama berjuang melawan musuh utama yang tidak kelihatan iaitu pandemik Covid-19.

“Dengan itu, kerjasama daripada semua masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di lokasi yang disediakan oleh kerajaan adalah amat penting,” ujar beliau selepas menerima Jalur Gemilang sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang daripada Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah.

Simbolik itu diadakan selepas lawatan Program Outreach Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di Dewan Serbaguna, Kampung Masanoi, kelmarin.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Yuesri Ismail Yusof, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Francesca Primus Chew, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.43 Kemabong, Sabili Ahunang dan Pegawai Penerangan Daerah, Sahiman Rahman.

Dalam pada itu, Nadzerah menjelaskan program serentak imunisasi Covid-19 dan penyerahan Jalur Gemilang tersebut bertujuan untuk menguar-uarkan kempen Jalur Gemilang, di samping menyemarakkan semangat patriotisme penduduk di daerah berkenaan.

“Menjalankan program ini dengan serampang dua mata bermaksud selain menyedarkan orang ramai bahawa suntikan vaksin merupakan satu-satunya cara yang boleh memutuskan wabak pandemik ini dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat khususnya di daerah Tenom.

“Dengan tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2021 iaitu “Malaysia Prihatin” di situlah terhimpun unsur-unsur kebaikan, kasih sayang dan peduli kepada seluruh rakyat dan juga kerajaan demi untuk negara,” kata beliau. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular