HomeUtamaTiada Jawatan TPM, Empat Menteri Kanan Dilantik

Tiada Jawatan TPM, Empat Menteri Kanan Dilantik

Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinetnya tanpa ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau mengekalkan konsep menteri kanan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini.

Menteri kanan yang diumumkan ialah Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal menjawat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Luar Negeri dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan).

Dua lagi jawatan menteri kanan tidak berubah seperti Kabinet lalu iaitu Datuk Dr Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing menyandang jawatan Menteri Kanan (Pendidikan) serta Menteri Kanan (Kerja Raya).

Selain itu, beberapa menteri dalam Kabinet sebelum ini turut dikekalkan selain beberapa kementerian turut mempunyai menteri baharu.

Antara yang dikekalkan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Turut dikekalkan Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan; Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri turut kekal menjawat portfolio Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Perpaduan Negara turut kekal dijawat Datuk Halimah Mohamed Sadique selain Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun turut kekal di kementerian sama.

Dalam pada itu, beberapa muka baharu turut menjawat portfolio beberapa kementerian, antaranya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Tuan Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dipegang Tan Sri Annuar Musa yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli manakala Menteri Kesihatan diisi oleh Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dimana kekosongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diisi oleh Datuk Seri Adham Baba.

Muka baharu lain yang dilantik Menteri Pembangunan Luar Banda tuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Luar Negeri Datuk Saiifuddin Abdullah yang sebelum ini menjawat Menteri Komunikasi dan Multimedia..

Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kini memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dimana jawatannya sebelum ini dipegang Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu.

Selain itu Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selain turut dilantik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya