HomeUtamaCOVID-19: Majlis Kahwin & Tempat Kerja Cetus 2 Kluster Baharu Di Sabah

COVID-19: Majlis Kahwin & Tempat Kerja Cetus 2 Kluster Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Majlis perkahwinan dan tempat kerja cetus dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Lima, Nabawan dan Kluster Pin Supu, Kinabatangan.

Menurut Masidi, Kluster Lima, Nabawan adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan aktiviti sosial sempena satu majlis perkahwinan di Kg Lima.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, 22, yang disahkan positif COVID-19 pada 20 Ogos 2021 selepas mengalami gejala demam, batuk, dan sakit sendi bermula 18 Ogos 2021. Siasatan mendapati kes ini kemungkinan mendapat jangkitan dari komuniti.

Berikutan kes tersebut, pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mendapati 61 lagi kes positif termasuk empat kes baharu hari ini.

Sementara Kluster Pin Supu, Kinabatangan pula merupakan kluster jenis tempat kerja iaitu di ladang kelapa sawit dalam Mukim Sukau, Kinabatangan.

Kes indeks adalah pekerja ladang, wanita, 40, warganegara Indonesia disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Hospital Kinabatangan pada 22 Ogos 2021.

Kes indeks yang mula bersimptom sejak 14 Ogos 2021, telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Aktiviti persampelan kontak terhadap 129 individu mendapati seramai 34 kes positif termasuk 32 kes baharu hari ini dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.

Dalam pada itu, empat lokaliti di Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 30 Ogos 2021 hingga 12 September 2021 melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan PPR Taman Sri Serigai.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular