HomeUtamaCOVID-19: Sabah Rekod 2,834 Kes Positif, 17 Kematian

COVID-19: Sabah Rekod 2,834 Kes Positif, 17 Kematian

Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Walaupun terdapat penurunan kes positif COVID-19 direkodkan hari ini iaitu 2,834 kes tetapi masih lagi berada dalam jumlah yang tinggi selain 17 kes kematian turut dilaporkan iaitu tujuh kes di Kota Kinabalu, lima kes di Tawau, dua kes di Keningau serta masing-masing mencatatkan satu kes di Kunak, Semporna dan Penampang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes harian masih tinggi walaupun jumlah kes menurun di bawah paras 3,000 kes daripada 3,010 kes semalam (27 Ogos 2021) kepada 2,834 kes hari ini.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Saringan Kontak Rapat masih lagi menjadi penyumbang kes tertinggi iaitu 61.79% atau 1,751 kes diikuti dengan Saringan Bergejala ialah 27.45% atau 778 kes sementara kes daripada Saringan Kluster cuma 51 kes. Daripada 2,834 kes hari ini, 2,544 adalah warganegara dan 290 adalah bukan warganegara.Kes hari ini juga termasuk 21 kes daripada OKT/tahanan.

Justeru, daripada 2,834 kes baharu hari ini, 1,249 kes atau 44.1% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 215 kes atau 7.6% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 319 kes atau 11.3% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.

Dalam perkembangan lain, Masidi turut memaklumkan bahawa bagi bulan Ogos, 1,414,020 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan CanSino telah pun diterima termasuk 515,150 dos yang sampai sepanjang minggu ini.

Katanya, sejumlah 99,400 dos Pfizer lagi akan sampai dari Kuching dalam masa 2 hingga 3 hari.

Setakat semalam 28 Ogos 2021 berdasarkan statistik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sabah,bilangan penduduk layak divaksin yang telah divaksin 1 dos ialah sebanyak
56.68% dan bagi yang telah selesai 2 dos pula ialah sebanyak 36.39%, manakala jumlah keseluruhan penduduk dengan dos lengkap ialah sebanyak 36.47% dengan mengambil kira bahawa hanya 1 dos sahaja diperlukan sebagai dos lengkap bagi vaksin jenis Cansino.

Manakala, jumlah penduduk Sabah layak divaksin ialah seramai 2,758,400 orang.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya