PARALIMPIK: Bonnie Raih Emas Pertama Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg), sebentar tadi.

Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.

Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.

Tempat kedua milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.

Sebelum ini, Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg di kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai, Jun lalu. – BH

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *