HomeUtamaJenazah Allahyarham Lajim Ukin Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Lajim Ukin Selamat Dikebumikan

Read Time:1 Minute, 25 Second

BEAUFORT: Jenazah bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 66 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu Beaufort kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Jenazah yang tiba di tanah perkuburan pada 12.45 tengah hari itu turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh; ADUN Lumadan Ruslan Muharam; Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Matbali Musah dan Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah Samin Ongki.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Seri Normilah Siong merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas iringan doa kepada beliau dan keluarga atas pemergian allahyarham.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang terlibat termasuk pihak hospital swasta sepanjang allahyarham mendapatkan rawatan disitu.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital KPJ selepas disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat selepas kembali daripada lawatan kerja di Kudat, pada 12 Ogos lalu.

Allahyarham meninggal pada jam 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ selepas dimaklumkan oleh pihak hospital kepada isterinya, Normilah mengenai berita itu.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya