HomeUtamaMahu Perjuangan PERKIS Diteruskan - Samin Ongki

Mahu Perjuangan PERKIS Diteruskan – Samin Ongki

Read Time:1 Minute, 37 Second

BEAUFORT: “Allahyarham mahu Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) yang beliau asasnya diteruskan,” kata Naib Presiden PERKIS Samin Ongki.

Katanya, pertubuhan itu diasaskan sendiri oleh Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin pada 21 Februari tahun lalu.

Tambahnya, Allahyarham juga mahu PERKIS melaksanakan aktiviti dakwah dan keagamaan di negeri ini.

“Hari ini kita kehilangan seorang pemimpin yang cukup istimewa dan disayangi oleh semua rakyat.  Allahyarham pernah berpesan kepada kami ahli PERKIS supaya meneruskan aktiviti dakwah dan keagamaan di Sabah.

“Diakhir hayatnya juga, Allahyarham sempat melancarkan PERKIS bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 4 April lalu,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Samin yang juga Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah berkata, Allahyarham juga pernah menggerakkan satu Tabung Kemanusian Palestin bersama jawatankuasa PERKIS.

Katanya, Tabung Kemanusiaan itu turut dilancarkan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif pada 20 Mei yang lalu.

“Hasil kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak, tabung itu berjaya mengumpulkan sebanyak lebih kurang RM120,000 dan hasil kutipan akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PERKIS Abdul Sani Marif kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Samin turut mengakui Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang sangat istimewa kepada masyarakat daerah Beaufort.

“Saya adalah sahabat karib Allahyarham sejak berpuluh tahun, beliau pernah melantik saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).

“Sesungguhnya Allahyarham sangat istimewa dalam masyarakat Beaufort dan masyarakat Bisaya khasnya.  Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Pagi tadi, bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi di Hospital Pakar KPJ.

Perkara itu disahkan anaknya Mohd Azman Lajim.

Sabah Media sebelum ini melaporkan Allahyarham ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus COVID-19.

Beliau dikatakan mendapat jangkitan itu selepas satu lawatan kerja di Kudat pada 12 Ogos lalu.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas Ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya