HomeUtamaPICK: Sabah Sasar 40 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksin COVID-19 Esok

PICK: Sabah Sasar 40 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksin COVID-19 Esok

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Sabah mensasarkan sebanyak 40 peratus daripada populasi dewasa di negeri ini akan melengkapkan pengambilan vaksin COVID-19 menjelang malam Hari Kebangsaan, esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia berdasarkan rekod sehingga semalam yang menunjukkan sebanyak 38 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan vaksin.

“Sehingga semalam (29 Ogos), sebanyak 38 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2 peratus telah memperolehi satu dos.

“Menjelang malam Hari Kebangsaan (31 Ogos 2021) kita menjangkakan sebanyak 40 peratus penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam pada itu, sebanyak 2,645,085 dos vaksin COVID-19 membabitkan dos pertama dan kedua telah diberikan kepada penduduk di negeri ini.

Dari jumlah itu, sebanyak 1,593,347 dos adalah membabitkan dos pertama manakala selebihnya sebanyak 1,051,738 dos melibatkan pemberian dos kedua.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya