HomeUtamaTun Sakaran Seorang Penyayang Kepada Keluarga & Masyarakat - Nasir

Tun Sakaran Seorang Penyayang Kepada Keluarga & Masyarakat – Nasir

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang penyayang kepada keluarga dan masyarakat.

Anak kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Sakaran Dandai itu berkata, ayahnya juga banyak memberi bimbingan kepada keluarga khususnya yang membabitkan pendidikan dan ilmu agama.

“Sebagai anak kepada Allahyarham ayahanda Tun, memamg banyak kami pelajari daripada beliau terutama sekali bimbingan didikan bukan hanya bersifat kasih sayang tetapi bimbingan kepada ilmu pengetahuan terutama sekali latar belakang agama.

“Begitu juga bimbingan akademik , walaupun beliau seorang yang sibuk dalam tugas semasa berkhidmat sebagai ahli politik sehingga ke jawatan yang beliau sandang tertinggi di Sabah sebagai TYT (Tuan Yang Terutama), beliau sentiasa mengambil perhatian kepada anak-anak,cucu termasuk keluarga sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai upacara pengebumian ayahnya Allahyarham Tun Sakaran Dandai di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah disini pagi tadi.

Nasir berkata, kemesraan ayahnya kepada masyarakat yang tidak memulih usia juga menjadi ingatan kepada semua rakyat khususnya di Sabah.

“Kemesraan beliau kepada masyarakat dilihat tidak memilih ataupun tidak memilih usia daripada anak-anak hinggalah ke dewasa sentiasa beliau curahkan kasih sayang kepada masyarakat. Jadi ini menunjukkan beliau diingati oleh masyarakat yang mengenalinya. 

“Ayahanda Tun juga selalu mengingatkan kepada kami untuk sentiasa berkasih sayang dalam keluarga dan masyarakat.  Ini akan menjadi pegangan kami sekeluarga dan akan meneruskan amanat atau pesanan daripada ayahanda,” katanya.

Dalam pada itu, Nasir turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang banyak membantu dalam urusan pengurusan jenazah ayahnya.

“Bagi pihak keluarga kami amat menghargainya begitu juga rakan-rakan seperjuangan dengan ayahanda Tun yang tidak putus-putus untuk menyampaikan salam takziah kepada keluarga,” katanya.

Allahyarham Tun Sakaran disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi di Hospital Gleanagles.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya