HomeUtamaRaikan Hari Kebangsaan Dengan Penuh Rasa Bangga & Patriotisme

Raikan Hari Kebangsaan Dengan Penuh Rasa Bangga & Patriotisme

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Semua rakyat Malaysia khususnya di Sabah digesa untuk terus bersatu dan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa bangga dan patriotisme.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat juga perlu bersyukur dengan apa yang dikecapi selain menjauhi segala perkara yang boleh menjejaskan perpaduan serta keamanan yang dinikmati selama ini.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan keharmonian yang telah kita kecapi. Marilah kita mengenepikan perbezaan dan anasir-anasir yang boleh menggugat perpaduan.

“Marilah kita fokus kepada persamaan kita untuk membangun negara yang lebih baik,” katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan 2021.

Hajiji berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran, rakyat Malaysia perlu terus bangkit dan bersama kerajaan untuk menempuh saat-saat sukar ini termasuk terus berjuang melawan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan serta ekonomi.

“Tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, mencerminkan tekad kerajaan dan rakyat untuk memerangi pandemik COVID-19,” katanya.

Tambahnya, keprihatinan rakyat Malaysia itu dizahirkan dengan meraikan jasa dan pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan negara terus dilindungi serta selamat daripada pandemik COVID-19 dan ancaman keselamatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya