HomeUtamaEmosi Terganggu Tetapi Mampu Hadapi Jangkitan Dengan Baik

Emosi Terganggu Tetapi Mampu Hadapi Jangkitan Dengan Baik

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Takut selain terfikir perkara negatif.  Itu antara pergolakan emosi yang dilalui seorang bekas pesakit COVID-19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu.

Meskipun dijangkiti, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Mohd Hasrulnizam Mohd Zain,36, mengakui rasa bersyukur apabila isteri dan anak-anaknya tidak dijangkiti wabak itu.

Ketika berkongsi pengalaman dijangkiti COVID-19, Hasrulnizam berkata, dia disahkan positif virus itu pada 25 November tahun lalu selepas membuat ujian calitan beberapa hari sebelum itu.

“Saya membuat ujian calitan di Pusat Pensampelan COVID-19 Likas pada 22 November dan disahkan positif pada 25 November tahun lalu.  Selepas itu saya diarahkan untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Kompleks Sukan Likas.

“Sebelum dijangkiti, saya mengalami beberapa simptom gejala ringan seperti demam dan hilang deria rasa hampir seminggu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk membuat ujian calitan,” katanya kepada Sabah Media disini baru-baru ini.

Hasrulnizam yang berasal dari Tanah Merah Kelantan berkata, meskipun takut dan berfikir pelbagai perkara negatif namun dia mengakui mampu melalui cabaran itu dengan lebih baik.

Katanya, dia juga berasa syukur apabila mempunyai rakan sekerja yang baik dan tidak meminggirkan dirinya selepas bebas dari COVID-19.

“Alhamdulillah saya dikurniakan rakan sekerja yang baik, mereka sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus kuat kerana kami juga antara petugas barisan hadapan yang akan terus membantu kerajaan mengurangkan dan melandaikan kes COVID-19.

“Bagi saya,kita perlu terus menjaga prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan kita dijauhi dari wabak ini,” katanya.

Katanya, pengambilan vaksin COVID-19 juga amat perlu bagi memastikan diri dilindungi termasuk keluarga dan masyarakat setempat.

Hasrulnizam sebelum ini telah melengkapkan vaksin COVID-19 pada 6 April 2021 bagi dos pertama manakala dos kedua pada 27 April 2021.

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular