COVID-19: 2,430 Kes Baharu Di Sabah, 38 Kematian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Kes harian positif COVID-19 di Sabah susut hari ini tetapi masih tinggi dengan 2,430 kes baharu selain 38 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu Sandakan dan Keningau mencatatkan tujuh kes, Kota Kinabalu enam kes, Penampang dan Tawau empat kes manakala Semporna, Pitas, Papar, Kudat, Kalabakan, Beaufort, Kuala Penyu, Tuaran, Kota Belud dan Lahad Datu masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah selaku Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berdasarkan analisis yang dikeluarkan sebanyak 1,173 kes daripada jumlah kes hari ini adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 235 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 214 kes adalah keputusan sample ujian yang didaftar lewat melebihi 5 hari.

Dalam pada itu, beberapa daerah mendaftar jumlah kes yang lebih tinggi berbanding semalam iaitu Kota Kinabalu menambah 55 kes, Kinabatangan 139 kes (Kluster baharu 122 kes), Kudat 42 kes, Pitas 27 kes dan Kota Belud 15 kes.

Manakala penurunan kes di beberapa daerah yang
banyak iaitu di Keningau turun 104 kes, Kota Marudu 46 kes, Putatan 40 kes, Papar 68 kes dan Penampang 85 kes.

Menurut Masidi, Saringan Kontak Rapat menyumbang 1,362 kes atau 56% daripada keseluruhan kes hari ini, Saringan Bergejala 734 kes atau 30.2% dan (156) kes atau 6.4% diperolehi melalui Saringan Kluster.

Katanya, 1,732 kes hari ini adalah dalam Kategori 2, 652 kes dalam Kategori 1, 24 kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan 13 kes dalam kategori 5. Empat kes lagi masih dalam siasatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *