HomeUtamaHospital Duchess of Kent Sandakan Buka Lebih Banyak Wad Tampung Kemasukan Pesakit...

Hospital Duchess of Kent Sandakan Buka Lebih Banyak Wad Tampung Kemasukan Pesakit COVID-19

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Hospital Duchess of Kent Sandakan kini mengambil langkah proaktif dengan membuka lebih banyak wad bagi menampung kemasukan pesakit COVID-19 yang memerlukan oksigen.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata, ia termasuklah menjadikan wad perempuan perubatan yang mempunyai 38 katil sebagai wad COVID-19.

“Di samping itu, Hospital Duchess of Kent Sandakan juga mempunyai 166 oxygen port dan 42 tangki oksigen yang mempunyai kapasiti 3000L dan 6000L. 

“Selain itu, bagi menampung keperluan oksigen di hospital berkenaan, pihak hospital telah mendapatkan 10 tangki oksigen daripada Hospital Kinabatangan dan 20 tangki oksigen daripada Hospital Beluran,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej yang tular di laman Facebook berhubung isu membabitkan keadaan Hospital Duchess of Kent Sandakan yang sangat tenat dengan kemasukan pesakit COVID-19 yang ramai.

Dr Rose Nani berkata, daripada data Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), sebanyak 80 hingga 90 peratus pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah belum divaksin.

Katanya, untuk mengurangkan kadar kematian, setiap individu perlu menerima vaksin COVID-19.

“Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, JKNS sentiasa menyeru semua penduduk Sabah untuk mematuhi SOP.

“Selain itu, rakyat di negeri ini juga perlu mendapatkan suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko daripada jangkitan COVID-19 yang serius,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular