HomeLuar negaraDuterte Cuba Disingkir Oleh Penyokong Pacquiao

Duterte Cuba Disingkir Oleh Penyokong Pacquiao

Read Time:1 Minute, 22 Second

AGENSI

MANILA: Perselisihan dua puak dalam parti pemerintah Filipina semakin meruncing dengan kumpulan dipimpin bintang tinju, Emmanuel Pacquiao, cuba menyingkirkan Presiden Rodrigo Duterte.

Penyokong Duterte pula bertegas bahawa beliau masih pengerusi parti dan menyifatkan puak pesaing sebagai penipu dan hanya pencari perhatian, menyebabkan parti itu berpecah dua.

Pacquiao, Duterte dan penyokong masing-masing berusaha merebut kuasa dalam parti PDP-Laban menjelang pilihan raya pada Mei tahun depan, dengan masing-masing memilih calon mereka sendiri.

Kumpulan penyokong Duterte baru-baru ini menyingkirkan Pacquiao sebagai presiden PDP-Laban tetapi Pacquiao enggan berundur dan mendapat sokongan agak besar dalam kalangan anggota parti.

Menurut seorang penyokongnya yang juga Pengarah Eksekutif parti, Ron Munsayac, Pacquiao dan sekutunya dalam parti itu memilih Senator Aquilino ‘Koko’ Pimentel III sebagai ketua, namun tidak diakui oleh penyokong Duterte.

Kumpulan penyokong Duterte dalam satu kenyataan, menegaskan bahawa Presiden Rodrigo Roa Duterte adalah Ketua Parti PDP Laban dan akan terus memegang jawatan itu.

Minggu lalu, ketua suruhanjaya pilihan raya Filipina memaklumkan bahawa wakil parti sah harus diputuskan berdasarkan dokumen dan perlembagaan parti.

Minggu lalu Duterte, yang berkuasa sejak 2016, berkata beliau akan mencalonkan diri sebagai naib presiden pada pilihan raya Mei 2022 di bawah PDP-Laban.

Ini kerana di bawah Perlembagaan Filipina, seorang presiden hanya boleh memerintah selama satu penggal iaitu enam tahun.

Sementara itu, pembantu Duterte menolak sokongan parti pemerintah untuk menjadi calon dalam pilihan raya 2022, satu perkembangan yang dikatakan oleh beberapa penganalisis dapat membuka jalan kepada anak perempuan Duterte bertanding.

Senator Christopher ‘Bong’ Go, daam surat kepada parti PDP-Laban, berkata beliau dia ingin menumpukan perhatian terhadap memerangi COVID-19 dan meminta sekutunya menyokong calon yang akan meneruskan dasar serta program Duterte.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya