HomeIsu tempatanMasyarakat Berkemampuan Disaran Bantu Golongan Terjejas COVID-19

Masyarakat Berkemampuan Disaran Bantu Golongan Terjejas COVID-19

Read Time:1 Minute, 19 Second

SIPITANG  : Masyarakat khususnya individu yang berkemampuan disaran untuk tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) Brigedier Al Hambra Juhar berkata, peningkatan kes COVID-19 di Sabah  ketika ini agak membimbangkan dan beliau menjangkakan lebih ramai golongan akan menerima kesan langsung daripada wabak berkenaan.

Oleh itu, beliau menyarankan lebih banyak pihak tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Melihat kepada situasi semasa khususnya di Sabah yang ketika ini mencecah 3,000 kes sehari dan ia agak membimbangkan.

“Apabila kes semakin meningkat, semakin ramai masyarakat yang akan menghadapi kesusahan sama ada dari segi kesihatan, emosi, pendapatan harian malah lebih teruk lagi ada yang kehilangan pekerjaan untuk menyara keluarga.

“Jadi, kita menyarankan pihak yang berkemampuan untuk tampil memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan memerlukan bantuan,” katanya.

Al Hambra yang juga Komander Rejimen 507 Askar Wataniah turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan kerajaan termasuk mendapatkan vaksinasi serta konsisten mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi melindungi diri serta keluarga masing-masing. 

Beliau ditemui media pada Majlis Penyampaian Bakul Makanan kepada 100 penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan golongan yang terkesan pendapatan akibat pandemik COVID-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang.

“Sumbangan ini merupakan hasil kolaborasi YNJ dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta individu prihatin iaitu Saudara Zaizulie Shakri yang turut menghulurkan bantuan makanan kepada masyarakat di daerah ini.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama ini dan berharap usaha murni seperti ini akan berterusan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular