HomeUtamaPelantikan Ismail Sabri Sebagai PM Wajar Jadi Penyuntik Semangat Ahli UMNO Bersatu...

Pelantikan Ismail Sabri Sebagai PM Wajar Jadi Penyuntik Semangat Ahli UMNO Bersatu Padu Hadapi PRU-15

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Pelantikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri wajar menjadi penyuntik untuk ahli UMNO bersatu padu mengukuhkan semangat perjuangan parti itu dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO perlu melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjangi dengan pendekatan serta tindakan yang perlu dilakukan diperingkat bahagian dan cawangan selari dengan situasi semasa.

“Sehebat mana sejarah parti sekalipun namun ia bukan jaminan untuk meneruskan kuasa.  Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang telah lahir 75 tahun lalu,.

“Kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap jadi parti pilihan rakyat pada mana-mana tempat dan keadaan.  Kita mesti akur dan insaf, mana-mana parti yang tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa meskipun parti itu sehebat mana, budi sebesar mana, kejayaan setinggi mana sekalipun, parti itu akan tetap tergugat kedudukannya” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Pidato  secara maya anjuran Biro Penerangan Umno Sabah di Bangunan UMNO di sini baru-baru ini.

Hadir sama secara maya Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Sufian,Timbalan ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dan Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Raimee Unggi.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, turut mengingatkan pemimpin UMNO supaya mendahulukan rakyat dalam apa keadaan sekalipun untuk mengelakkan parti itu dilihat sebagai parti berkepentingan sendiri.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO juga perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat pada pilihanraya umum ke-15 (PRU)  akan datang.

Katanya, meskipun telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh  UMNO dan BN untuk  rakyat, namun ianya tidak lagi menjadi perkiraan ketika  rakyat berhadapan dengan cabaran  kesihatan dan ekonomi ketika  negara berhadapan dengan  penularan pandemik COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular