SEDCO Sumbang RM8,000 Untuk Agih Bantuan Bakul Makanan

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyalurkan sumbangan berupa kewangan sebanyak RM8,000 kepada Tabung Makanan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar daerah ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Arsit Sedi berkata, sumbangan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat melalui gabungan NGO Kota Kinabalu bagi mengurus selia agihan bakul makanan tersebut. 

“Rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, dialu-alukan mendaftarkan nama kepada sekretariat NGO berdekatan bagi memudahkan pihak kita memberikan bantuan makanan.

“Ini merupakan tanggungjawab kita dan saya menyeru kepada masyarakat di luar sana yang terkesan pandemik untuk segera mendaftar agar kita tahu kesusahan yang mereka alami dan kita bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO dan Sumbangan Bakul Makanan di Anjung Selera Tanjung Lipat disini semalam.

Turut diadakan, kempen derma darah  bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama dua hari bermula semalam yang menyasarkan 100 pain darah.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir berkata, walaupun dalam kekangan pandemik namun sambutan masyarakat yang hadir menderma darah sangat menggalakkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Hadir sama menjayakan program berkenaan ialah Pengerusi Gabungan NGO Kota Kinabalu, Syed Hussin Habib Omar serta wakil-wakil NGO yang memberi sumbangan./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.