HomeUtamaCOVID-19: Satu Kluster Baharu Melibatkan Di PULAPOL Kota Kinabalu

COVID-19: Satu Kluster Baharu Melibatkan Di PULAPOL Kota Kinabalu

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu di Sabah tercetus melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut ialah Kluster Jalan Pahlawan, Kota Kinabalu, Penampang merupakan kluster jenis institusi latihan.

Katanya, kluster ini melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu yang terletak dalam Mukim Petagas. Penularan jangkitan berlaku dalam kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja di dewan makan pusat latihan tersebut serta turut menjangkiti ahli keluarga.

Selain Kota Kinabalu, daerah Penampang turut melaporkan kes yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, kes indeks kluster ini adalah jurulatih polis, lelaki, 44, yang tinggal di Perumahan IPK Blok Orkid Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Luyang, setelah bergejala sejak 24 Ogos 2021.

“Kes telah dimasukkan ke PKRC Pirasan Kota Belud untuk rawatan lanjut. Daripada 72 sampel yang diambil, 45 kes positif dikesan termasuk 41 kes baharu pada hari ini.Manakala sembilan sampel didapati negatif dan 18 masih menunggu keputusan ujian saringan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya