HomeUtamaCOVID-19: 33 Kematian, 2,329 Kes Positif Baharu

COVID-19: 33 Kematian, 2,329 Kes Positif Baharu

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,329 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan di Sabah hari ini, namun terdapat 33 kes kematian turut dilaporkan melibatkan 12 kes di Kota Kinabalu, sembilan kes di Sandakan, Penampang dan Tenom mencatatkan tiga kes, dua kes di Papar manakala Tuaran, Putatan, Sipitang dan Keningau masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,329 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 152,602 kes.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, kes di daerah Kota Kinabalu turun (-164) kes tetapi naik dengan kadar yang agak tinggi di Keningau (+81) kes, Kota Marudu (+71) kes, Ranau (+29) kes, Putatan (+26) kes, Beaufort (+24) kes, Kunak (+23) kes dan Sipitang (+30) kes manakala daerah Kinabatangan turun (-107) kes hari ini.

Katanya, daripada 2,329 kes baharu hari ini, 878 kes atau 37.7% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 132 kes atau 5.8% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan (219) kes atau 9.4% adalah kes yang didaftar melebihi 5 hari selepas keputusan ujian diketahui.

Dalam pada itu, saringan di kalangan Kontak Rapat menjadi penyumbang utama keseluruhan kes hari ini dengan 1,379 kes atau 59.2%, Saringan Bergejala 658 kes atau 28.3% dan 82 kes daripada Saringan Kluster. Namun terdapat 25 kes OKT/banduan dalam jumlah kes hari ini.

Sebanyak 2,168 kes daripada 2,329 kes ari ini adalah warganegara Malaysia dan 161 kes adalah bukan warganegara.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya