FSI & MCCC Sumbang PPE Untuk Petugas Barisan Hadapan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) daripada dua organisasi untuk petugas barisan hadapan (frontliners), di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), dekat sini, hari ini.

Dua organisasi itu ialah Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China Cawangan Sabah (MCCC).

FSI menyumbang sebanyak 1,000 kotak pelitup muka (KN 95) yang disampaikan oleh Presidennya, Richard Lim bersama Timbalannya Datuk Harun Ismail, Naib Presiden, Natalie Fung dan Dino Ang.

Manakala Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Sabah Branch diwakili oleh Presidennya, Michael Chin menyumbang pelbagai peralatan perlindungan diri, antaranya pelitup muka, baju PPE dan sarung tangan.

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada FSI dan MCCC kerana menyumbang PPE untuk kegunaan pasukan barisan hadapan.

“Usaha memerangi pandemik COVID-19 memerlukan sokongan, dokongan dan penglibatan daripada semua pihak, termasuk rakyat jelata yang wajib terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan”, katanya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN), Datuk Masnah Matsalleh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *