Hajiji Terima Kunjungan IGP & CP Baharu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara (IGP), Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah (CP), Datuk Hazani Ghazali dan bakal Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah yang baharu, Dato’ Idris Abdullah.

Hazani akan berpindah dan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 September 2021.

Idris pula sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan terima kasih kepada Hazani atas perkhidmatannya di Sabah.

“Kerajaan Negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan, terutamanya polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah terutamanya dalam mendepani ancaman pandemik COVID-19”, katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *