HomeUtamaPICK : Kerajaan Sabah Terus Berusaha Pastikan Rakyat Terima Vaksinasi COVID-19

PICK : Kerajaan Sabah Terus Berusaha Pastikan Rakyat Terima Vaksinasi COVID-19

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha dan memastikan rakyat di Sabah diberikan vaksinasi penuh menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah pemberian kepada individu bukan warganegara Malaysia namun keutamaan akan tetap diberikan kepada penduduk warganegara.

“Pemberian vaksin akan diberikan kepada yang layak.  Untuk bukan warganegara mereka juga akan diberikan kerana mereka berada disekeliling kita, jika tidak diberikan vaksin sudah tentu mereka juga dijangkiti COVID-19 namun keutamaan adalah individu warganegara.

“Apa yang lebih utama sekarang, masyarakat perlu memberi kerjasama untuk hadir dan tampil ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran untuk menerima vaksinasi.  Kerajaan telah berusaha menyediakan PPV di lokasi tertentu termasuk mengadakan program jangkauan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Home Monitoring Call Centre (HMCC) di Wisma MUIS disini pagi tadi.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Sr. Lee Chun Khiong;  Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pegawai Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah(JKNS) Dr. Prabakaran Solomon A/L Dhanaraj, dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah Jais Asri.

Shahelmey yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata, sehingga Selasa lalu, Sabah telah berjaya mencapai sasaran nilai ambang 40 peratus vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa di negeri ini.

Katanya, Sabah juga akan menerima lebih banyak bekalan vaksin COVID-19 pada bulan ini bagi memastikan kadar pemberian vaksin kepada penduduk di negeri ini dipercepatkan.

“Semalam, YB Menteri Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa ada beberapa negeri di Malaysia akan dibuat lonjakan kapasiti bagi pemberian vaksin dan ia satu khabar yang baik.  Saya juga difahamkan pada hari ini kita menerima bekalan sebanyak 750,000 dos vaksin.

“Ini bermakna kita boleh mengoptimakan lagi kapasiti semua PPV yang ada di Sabah yang mana kita anggarkan boleh melakukan pemberian vaksin sebanyak 60,000 dos sehari,” katanya.

Beliau juga yakin dengan kerjasama daripada orang ramai, Sabah mampu mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober depan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya