HomeUtamaPICK : Sabah Perlu 2.8 Juta Vaksin Laksana Vaksinasi September Ini

PICK : Sabah Perlu 2.8 Juta Vaksin Laksana Vaksinasi September Ini

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri berharap dapat memperolehi kira-kira 2.8 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini bagi meningkatkan kadar vaksinasi di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sasaran jumlah purata pemberian vaksin bulan ini juga akan turut ditingkatkan kepada 60,000 dos sehari.

“Seperti yang telah dimaklumkan lebih awal, hampir 41 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin.

“Sasaran jumlah purata pemberian vaksin bagi bulan ini ialah 60,000 dos sehari dan Sabah berharap memperolehi agihan 2,889,150 dos vaksin bagi bulan September ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata, jumlah itu adalah bagi membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mempertingkatkan kadar vaksinasi kepada penduduk dalam bulan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular