HomeUtamaKPDNHEP Akan Umum Harga Siling Kit Kendiri COVID-19

KPDNHEP Akan Umum Harga Siling Kit Kendiri COVID-19

Read Time:55 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan harga siling kit kendiri Covid-19 tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Menteri yang dipertanggungjawab akan mengumumkannya.

“Perkara melibatkan harga siling itu akan dibuat oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan di sini semalam.

Baru-baru ini, KPDNHEP memberi jaminan akan menetapkan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 lebih rendah daripada harga semasa bermula bulan ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul maklumat daripada 10 syarikat yang diberi kebenaran untuk menjual dan mengedar kit tersebut dan dijangka siap hujung bulan ini.

“Kajian terhadap penetapan harga siling tersebut dibuat setelah kerajaan menerima banyak rungutan serta desakan yang menyifatkan harga RM35 hingga RM39.90 adalah terlalu mahal.

“Harga yang akan diputuskan tidak lama lagi itu bakal mengikut kaedah seperti mana harga pelitup muka, ditetapkan daripada RM1.50 dan kemudian diturunkan kepada RM1.20 seunit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular