HomeUtamaSabah Benar Pemilik Restoran Letak Meja Di Kaki Lima Bermula Esok

Sabah Benar Pemilik Restoran Letak Meja Di Kaki Lima Bermula Esok

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan pemilik premis restoran untuk meletakkan meja di ruang legar atau kaki lima ketika waktu operasi sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain prosedur standard operasi (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Keputusan ini dilaksanakan selepas Sabah telah mencapai nilai ambang vaksinasi penuh melebihi 40 peratus populasi dewasanya pada 31 Ogos 2021 iaitu semalam.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan premis-premis restoran memasang meja di ruang legar atau kaki lima restoran berkuatkuasa mulai esok iaitu 2 September,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sejumlah 164 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam yang lalu melibatkan pemeriksaan 32,336 buah kenderaan.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 390 buah kenderaan diarah berpatah balik.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya