Tabung Amanah CIEW UMS Dapat Sokongan Korporat Bantu Keluarga Miskin Terjejas Ekoran Pandemik COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sumbangan ke Tabung Amanah CSR sama ada daripada syarikat korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun individu bagi usaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Sabah.

Terbaharu, melalui Program Kerjasama Khidmat Masyarakat, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), CIEW mendapat sokongan daripada Kuwait Finance House (KFH) Cawangan Kota Kinabalu bagi menjayakan CSR  dalam membantu keluarga miskin yang terjejas akibat Pandemik COVID-19.

Program CSR itu melibatkan penyerahan bantuan bakul makanan kepada keluarga miskin terpilih di sekitar Kota Kinabalu.

Bantuan bakul makanan disampaikan oleh Pengurus Cawangan KFH Kota Kinabalu, Raffela Fedrawati Jamil kepada Pengarah CIEW, Dr. Rafiq Idris dalam satu acara ringkas di pejabat CIEW.

Dalam pada itu, Rafiq menzahirkan penghargaan kepada KFH Cawangan Kota Kinabalu atas sumbangan tersebut.

“Harapan kami agar program khidmat masyarakat ini berupaya meringankan beban sebahagian keluarga miskin yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

“CIEW juga sentiasa terbuka untuk menerima sumbangan atau mengadakan kolaborasi yang mampu memberikan impak yang berlanjutan, meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi bagi masyarakat di seluruh Sabah,” ujar Rafiq.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *