HomeUtamaMasjid Baitul Rahman JPJ Mula Dibuka

Masjid Baitul Rahman JPJ Mula Dibuka

Read Time:34 Second

PENAMPANG: Masjid Baitul Rahman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah mula dibuka kepada jemaah mulai hari ini. 

Pengerusi masjid tersebut, Jaafre Abd Rashid memaklumkan masjid yang mempunyai kapasiti 500 jemaah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itu turut dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, ruang solat muslimah, tempat wuduk dan sebagainya. 

Beliau ditemui media selepas majlis perasmian masjid yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Terdahulu, Pengarah Pengangkutan Jalan Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Mohd Zakaria mengiringi Tun Juhar bersama kira-kira 100 jemaah menunaikan solat jumaat yang diimamkan Iman Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting dan khutbah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains), Datuk Saifulzaman. –PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya