HomeUtamaPICK : Sabah Terima 180,000 Dos CanSino Secara Berperingkat Hingga Isnin

PICK : Sabah Terima 180,000 Dos CanSino Secara Berperingkat Hingga Isnin

Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 180,000 dos vaksin CanSino dihantar ke Sabah secara berperingkat, bermula 28 Ogos lalu hingga Isnin ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 2,000 dos vaksin berkenaan diagihkan ke Pulau Mabul selama dua hari, bermula hari ini.

“Sehingga hari ini, sebanyak 44,000 dos vaksin CanSino telah diterima Sabah.  Manakala aktiviti pemberian vaksin dos tunggal itu diteruskan kepada penduduk di Pulau Mabul yang dijalankan selama dua hari.

“Pemberian itu membabitkan 1,000 dos pada hari ini dan 1,000 lagi esok selain 500 dos di Nabawan,” katanya dalam ciapan melalui Twitter beliau, hari ini.

Khairy berkata, sebelum ini, vaksin itu telah diagihkan ke Pulau Sebatik membabitkan 2,400 dos, dan 1,200 dos lagi di pedalaman Kinabatangan, pada 29 serta 30 Ogos lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya