HomeUtamaSESB Pantau Bekalan Elektrik Di Kawasan Banjir

SESB Pantau Bekalan Elektrik Di Kawasan Banjir

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan terus memantau dengan rapi bekalan elektrik di kawasan Pantai Barat berikutan hujan lebat berterusan sejak Khamis.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata persiapan rapi telah dilaksanakan dengan mengerahkan pasukan teknikal bersiap-sedia 24-jam untuk membaiki sebarang kerosakan termasuklah penyediaan set janakuasa bergerak yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang berkenaan.

Antara kawasan yang dilanda banjir ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Beaufort, Membakut, Bongawan dan Sipitang.

Setakat jam 7.00 malam Khamis, SESB harus membuat penutupan bekalan ke Pencawang Kampung Talantang dalam daerah Bongawan kerana tiang elektrik tumbang akibat tanah runtuh dan juga Pencawang Skim Sindumin dalam daerah
Sipitang kerana pencawang elektrik dinaiki air.

Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di Pencawang Kampung Talantang Bongawan pada Jumaat petang apabila pembaikan ke atas tiang elektrik yang tumbang dilaksanakan, manakala bekalan elektrik di Pencawang Skim Sindumin Sipitang telah ditenagakan semula selepas keadaan banjir surut.

Beliau berkata, atas dasar keselamatan, bekalan di pencawang elektrik yang ditenggelami tersebut terpaksa dimatikan dan kerja-kerja pembaikan akan dibuat sejurus selepas paras air surut dan keadaan selamat.

“SESB juga akan membuka bilik gerakan untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan untuk segera menghubungi SESB di talian 15454, 088-515000, Whatsapp 019- 852 5427 atau facebook SESB Careline.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air dan jangan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembab kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular