COVID-19: 35 Kematian, 2,404 Kes Positif

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini meningkat 75 kes menjadikan 2,404 kes berbanding 2,329 kes yang dicatatkan semalam (02 September 2021). Sebanyak 35 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 17 kes di Tawau, lima kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, Kalabakan dan Beaufort mencatatkan dua kes manakala Kinabatangan, Semporna, Kota Marudu, Keningau, Penampang dan Papar masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 2,404 kes baharu hari ini, 983 kes atau 40.9% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 127 kes atau 5.3% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 261 kes atau 10.9% adalah yang didaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan ujian diketahui.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, kes di daerah Kota Kinabalu hari ini turun 71 kes, juga di daerah Penampang tetapi naik agak tinggi di Tuaran daripada 149 kes kepada 232 kes.

Namun Saringan Kontak Rapat menjadi penyumbang utama keseluruhan kes hari ini dengan 1,393 kes atau 57.9%, Saringan Bergejala 755 kes atau 31.4% dan 65 kes daripada Saringan Kluster. Sebanyak 2,174 kes daripada 2,404 kes adalah warganegara Malaysia dan 230 adalah bukan warganegara.

Dalam pada itu, 1,546 kes hari ini adalah dalam Kategori 2, 719 kes dalam Kategori 1, 14 kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan 11 kes dalam kategori 5. 107 kes lagi masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, sebanyak 27 kes adalah bayi di bawah umur 1 tahun, 183 kes berumur antara 1 hingga 5 tahun dan 455 kes berumur antara 6 hingga 17 tahun.

Dalam perkembangan lain, setakat semalam (02 September 2021), 41.5% penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin sementara 60.5% telah memperolehi sekurang-kurangnya satu dos.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *