HomeUtamaStruktur Haram Di Sepanggar Akan Dirobohkan

Struktur Haram Di Sepanggar Akan Dirobohkan

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Struktur haram yang dibina di atas tanah seluas 150 ekar milik Jabatan Perikanan di Sepanggar akan dirobohkan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata tanah tersebut merupakan sebahagian dari tanah seluas 260 ekar milik jabatan berkenaan dan telah diperuntukkan untuk pembangunan projek bagi Daerah Kota Kinabalu.

“Ini akan merangkumi projek berskala besar oleh kerajaan untuk membangunkan ‘smart city’ di kawasan ini. Perkara ini sudahpun dibincangkan dan dipersetujui oleh kabinet Sabah.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS ) serius dalam membangunkan tanah ini dan memastikannya tidak dicerobohi oleh pihak luar, terutama mereka yang tidak berhak berada di Sabah,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah membuat kenyataan itu hari ini setelah mengunjungi kawasan setinggan yang dikenali sebagai ‘Kg Warisan’ di Sepanggar.

Kira-kira 800 struktur haram dibina di atas tanah seluas 150 ekar. Beberapa struktur dibina jauh di dalam hutan bakau, sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang.

Tambahan pula, kecurian elektrik amat berleluasa di kawasan ini dan sebahagian besar kabel elektrik itu ditanam di bawah tanah, dan mendatangkan risiko tinggi renjatan elektrik terhadap anggota penguatkuasa setiap kali mereka cuba memasuki kawasan setinggan ini.

Selain daripada ‘Kg Warisan’, penduduk setinggan di kawasan ini telah juga memanggil kawasan tempat tinggal mereka sebagai Kg Berunai dan Kg Juara.

“Mereka sebenarnya telah beberapa kali berusaha agar kerajaan mengiktiraf mereka sebagai kampung secara rasmi. Tetapi ini tidak boleh dibenarkan kerana tanah itu milik Jabatan Perikanan.

“Beberapa perobohan telah dilakukan pada masa lalu, tetapi mereka masih berdegil. Kerajaan telah merobohkan struktur haram tetapi struktur baru dibina semula dalam masa beberapa bulan sahaja.

“Tidak diragukan lagi, ini adalah barah yang harus dibasmi sama sekali,” katanya.

Semasa lawatan itu, Jeffrey juga bertemu dengan beberapa penduduk setinggan di kawasan itu, menasihati mereka untuk tidak membiarkan orang lain membina rumah di sana kerana struktur tersebut akan tetap dirobohkan, dan memberitahu mereka mengenai rancangan kerajaan untuk tanah tersebut.

“Kita mesti melindungi aset kita, tetapi kita juga harus mempertimbangkan nasib orang Sabah yang tinggal di sana. Saya difahamkan bahawa dikalangan penduduk di sini, ada juga yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Jeffrey menasihatkan Jabatan Perikanan untuk mengemukakan cadangan bagaimana mereka akan dapat memanfaatkan sepenuhnya tanah tersebut setelah selesai masalah setinggan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

1 COMMENT

  1. Buatlah yang terbaik…asal jangan menzalimi sesiapa pun …dan jangan di jadikan hak individu terutama sekali YB..YB. sepertimana Musa aman dan Anifah aman …hampir seratus hektar tanah di Keningau tu …jadi hak milik…mereka sekeluarga….

Leave a Reply to Yang Benar.. Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya