HomeUtamaCOVID-19: Kluster Tercetus Melibatkan Pekerja Kilang Papan Di Sandakan

COVID-19: Kluster Tercetus Melibatkan Pekerja Kilang Papan Di Sandakan

Read Time:48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif COVID-19 kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Sandakan.

Kes indeks Kluster Semawang, Sandakan adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara, dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100%
dalam saringan pekerjaan.

Susulan dari kes tersebut, pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular