PICK : Semporna Capai 50 Peratus Kadar Vaksinasi

Read Time:45 Second

SEMPORNA:  Program vaksinasi COVID-19 Semporna berjaya mencapai 50 peratus dengan 38 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khan Sulaiman berkata, masyarakat Semporna menyambut baik program-program vaksin yang dilaksanakan.

“Terdapat tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan di daerah ini dan sebuah PPV bergerak.

“PPV utama terletak di Dewan Masyarakat sementara dua lagi di hospital dan klinik kesihatan,” katanya ketika dihubungi media, disini semalam.

Tambah beliau, bagi program vaksin di Dewan Masyarakat Semporna semalam, seramai 1,400 orang diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer. 

Dalam pada itu, hadir meninjau PPV berkenaan ialah Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah dan Pengarah Hospital Semporna, Dr Mohd Syahfadzreen Yunus./Penerangan-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *