PICK: JKNS Laksana Strategi Bagi Pastikan Sabah Capai 60 Peratus Kadar Vaksinasi Lengkap

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan beberapa strategi utama bagi memastikan negeri ini mampu mencapai kadar vaksinasi lengkap dua dos sehingga 60 peratus.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata, strategi itu juga adalah bagi memastikan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini berjalan lancar.

“Antaranya mempertingkatkan aktiviti jangkauan luar melalui kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk melaksanakan vaksinasi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Penjara dan Pusat Tahanan dan Perkhidmatan Doktor Udara.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hospital juga akan tertumpu kepada ‘opportunistic vaccination’ dimana akan memberi vaksin kepada pesakit di hospital yang datang untuk temu janji klinik dan pending discaj,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, selain itu, pihaknya turut menyeru kepada semua pihak dan rakyat khususnya di Sabah untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) selain mendapatkan suntikan vaksin.

Katanya, dengan suntikan itu ia mampu mengurangkan kadar kematian dan risiko daripada jangkitan COVID-19 yang serius.

“Pada masa ini, negeri Sabah dilanda gelombang COVID-19 yang serius.  Isu peralatan, reagen, ubat-ubatan dan sebagainya merupakan masalah yang berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di kebanyakan negara di seluruh dunia,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *