HomeUtamaCOVID-19: Penularan Jangkitan Di Pusat Tahanan Dan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster...

COVID-19: Penularan Jangkitan Di Pusat Tahanan Dan Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah catat dua lagi kluster baharu hari ini iaitu Kluster Koyah, Kinabatangan dan Kluster Pagar Sebrang, Keningau.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Koyah, Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja manakala Kluster Pagar Sebrang, Keningau melibatkan penularan jangkitan di pusat tahanan.

Menurut Masidi, Kluster Koyah, Kinabatangan berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan di mana kes indeks merupakan lelaki, 43, pekerja ladang (general worker) yang disahkan positif ujian RTK AG positif 100% grading pada 20 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan.

“Setakat hari ini, aktiviti persampelan kontak seterusnya mengesan 25 kes positif dalam kalangan kontak sosial termasuk 19 kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Masidi turut menyatakan bahawa Kluster Pagar Sebrang , Keningau adalah penularan jangkitan di pusat tahanan melibatkan mukim Sebrang, Lingkudau dan Luagan di Daerah Keningau.

“Pada 25 Ogos 2021, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau telah menerima kes indeks dengan keputusan RTK AG positif daripada Kg. Kadalakan Keningau yang telah dilaporkan dari Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau melalui saringan kontak rapat.

“Kes indeks merupakan lelaki, 40, Pegawai Penjara di pusat tahanan bimbingan akhlak,” katanya.

Aktiviti pengesanan kontak rapat pada 27 Ogos 2021 hingga 04 September mendapati pertambahan bilangan kes positif di dalam daerah yang sama.

Masidi menjelaskan, punca yang disyaki bagi penularan kluster ini ialah jangkitan ahli keluarga kepada kes indeks yang kemudiannya menjangkiti rakan sekerja, penghuni penjara di bawah jagaan pegawai tersebut dan juga ahli keluarga beliau yang lain.

Kluster ini dinamakan Pagar Sebrang yang kerana kluster ini terletak di sebuah institusi penjara golongan juvana, yang mana kawasan yang berpagar penuh di Mukim Sebrang.

“Setakat hari ini, 29 kes positif dalam kluster ini termasuk lima kes baharu yang dilaporkan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya