PICK : 43.3 Peratus Populasi Dewasa Di Sabah Lengkap Vaksinasi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 43.3 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Sabah direkodkan sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 melalaui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 61.8 peratus daripada populasi dewasa di negeri ini telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

“Sehingga kini Sabah telah merekodkan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 2,927,904 membabitkan pemberian vaksin dos pertama, dos kedua dan dos tunggal iaitu jenis CanSino.

“Dari jumlah kumulatif itu, sebanyak 1,702,329 melibatkan pemberian dos pertama; 1,183,446 dos kedua dan 42,129 bagi dos CanSino,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah terus menurun hari ini bagi hari kedua iaitu sebanyak 2,136 kes berbanding 2,279 kes yang direkodkan semalam.

Katanya, daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 962 kes atau 45 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua hingga tiga hari.

Statistik Harian Pemberian Dos Vaksin Negeri Sabah

“Sebanyak 102 kes atau 4.8 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari dan 144 kes atau 6.7 peratus adalah yang didaftar lewat melebihi lima  hari selepas tarikh keluar keputusan.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,280 kes atau hampir 60 peratus daripada 2,136 kes hari ini, 569 kes atau 26.6 peratus daripada Saringan Bergejala dan 68 kes daripada Saringan Kluster,” katanya.

Katanya, sebanyak 37 peratus daripada kes hari ini yang direkodkan di Kota Kinabalu adalah berpunca daripada Saringan Bergejala.

“Manakala Sandakan (27.7 peratus), Tawau (33.7 peratus) dan Penampang (32.6 peratus) turut direkodkan melalui saringan bergejala,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *