HomeUtamaCOVID-19: Sabah Catat 2,107 Kes Positif, 45 Kematian

COVID-19: Sabah Catat 2,107 Kes Positif, 45 Kematian

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 Sabah naik semula dicatatkan hari ini melepasi angka 2,000 kes kepada 2,107 kes baharu iaitu peningkatan 263 kes setelah turun 3 hari berturut-turut.

Sebanyak 45 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 17 kes di Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan lima kes, Papar dan Penampang empat kes, dua kes di Tuaran, Beluran, dan Keningau manakala Kalabakan, Kinabatangan, Beaufort dan Ranau masing-masing mencatatkan satu kes.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes di Sabah naik semula melepasi angka 2000 kes setelah turun 3 hari berturut-turut, ini berikutan kes di kawasan perbandaran seperti Sandakan, Penampang dan Keningau naik serta beberapa daerah lain juga mencatat pertambahan kes seperti Kinabatangan yang mencatat peningkatan 47 kes baharu, walau bagaimanapun kes di daerah Kota Kinabalu turun 61 kes.

katanya, daripada 2,107 kes hari ini, 37.4% atau 788 kes adalah lewat daftar antara 2 hingga 3 hari selepas tarikh keluar keputusan, 6.1% atau 128 kes adalah lewat daftar antara 4 hingga 5 hari dan 8.2% atau 172 kes adalah lewat daftar melebihi 5 hari.

Dalam pada itu, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,141 kes atau 54.2% daripada 2,107 kes hari ini, 740 kes atau 35.1% daripada Saringan Bergejala iaitu peratusan yang agak tinggi berbanding semalam, dan 36 kes atau 1.7% daripada Saringan Kluster.

Sementara, di Kota Kinabalu, 40.1% daripada kes daerah tersebut hari ini berpunca daripada Saringan Bergejala, Sandakan 41.2%, Tawau 41.4% dan Penampang 52.7%.

Daripada 2,107 kes yang dicatat hari ini, 628 kes atau 29.8% adalah dalam Kategori 1, 1,322 kes atau 62.7% dalam Kategori 2, 18 kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan enam dalam kategori 5.

Dalam perkembangan lain, setakat 6 September 2021 berdasarkan statistik Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sabah (dengan mengambilkira jumlah penduduk dewasa layak divaksin seramai 2,758,400 orang), seramai 1,287,612 atau 46.68% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi vaksin lengkap dan 1,777,344 atau 64.43% telah memperoleh satu dos.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya