HomeUtama((VIDEO)) BERSATU Sambut Ulang Tahun Ke-5 Esok

((VIDEO)) BERSATU Sambut Ulang Tahun Ke-5 Esok

Read Time:1 Minute, 50 Second

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyambut ulang tahun kelima pendaftaran parti itu secara dalam talian melalui laman rasmi Facebook Bersatu Malaysia bermula jam 9 malam pada Jumaat ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, walaupun Bersatu berjaya didaftarkan pada 8 September 2016 namun sambutannya akan dibuat malam esok secara sederhana dengan ucaptama presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 “Saya nak menjemput semua rakyat untuk bersama menyaksikan amanat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin pada jam 9 malam, Jumaat, 10 September 2021 melalui saluran rasmi Facebook Tan Sri Muhyiddin sendiri dan Bersatu Malaysia.

“Sambutan Ulang Tahun ke-5 Bersatu, sebenarnya pada 8 September, itu hari sebenar Bersatu mendapat kebenaran pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Walaupun tarikh sebenarnya semalam, tapi majlis sambutan rasmi yang kita anjurkan parti ialah esok Jumaat 10 September 2021,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Damansara Perdana, hari ini.

Wan Saiful berkata, sambutan kali ini akan mengimbas kembali beberapa kejayaan Bersatu semasa membentuk dan menerajui Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 14 bulan lalu.

“Sambutan lima tahun Bersatu akan menyorot kejayaan-kejayaan kita baik semasa Kerajaan PH mahupun Kerajaan PN, serta perancangan kita untuk masa depan.

“Ucapan itu akan mengandungi amanat-amanat penting mengenai apa yang telah berlaku sepanjang sejarah penubuhan Bersatu dan hala tuju Bersatu di masa akan datang.

“Ia akan menentu dan menggariskan perancangan kita dalam satu hala tuju dan apa kita nak lakukan dalam Bersatu ini demi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara tadbir urus kekal dengan integriti, baik, telus serta terus memerangi rasuah dan kleptokrasi,” katanya.

Jelasnya, sambutan ulang tahun kelima Bersatu pada tahun ini bertemakan Demi Malaysia, Kita Bersatu.

Beliau tidak menafikan, sepanjang lima tahun Bersatu dalam arena politik tanahair, pelbagai ujian, cabaran, pengalaman dan pahit manis telah ditempuhi sebelum membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Harapan yang diletakkan ke atas bahu Bersatu amat tinggi dan saya rasa setiap kali harapan itu diletakan, alhamdulillah kita berjaya memenuhi harapan itu,

“Bermula kita diberi amanah yang besar untuk memastikan bahawa berlaku perubahan dalam lanskap politik Malaysia pada PRU14.

“Tanpa penglibatan kita, lanskap politik Malaysia tidak akan berubah dalam PRU-14 lalu, jadi kita memainkan peranan amat penting,” katanya lagi. – MG

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya