COVID-19: Lagi Kluster Melibatkan Pekerja Ladang Sawit

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan COVID-19 pekerja ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kluster Sawit Perpaduan, Kinabatangan yang berlaku di tempat kerja iaitu ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Menurut Masidi, les indeks merupakan pekerja kilang, lelaki, berumur 34 tahun, warganegara Indonesia yang dikesan melalui ujian saringan RTK-AG di Hospital Kinabatangan pada 30 Ogos 2021.

“Dalam saringan itu, kes indeks disahkan positif COVID-19 dengan grading 100%, selepas bergejala sejak 26 Ogos 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Susulan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 90 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti Covid-19.

Manakala aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

“Setakat hari ini, kluster ini merekodkan 91 kes positif termasuk 82 kes baharu,” tambahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *