HomeIsu tempatanPolis Marin Usir Keluar 11 Warga Filipina Tanpa Dokumen Sah Masuk Perairan...

Polis Marin Usir Keluar 11 Warga Filipina Tanpa Dokumen Sah Masuk Perairan Malaysia

Read Time:1 Minute, 13 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir keluar 11 Warga Filipina disyaki masuk ke perairan Malaysia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dalam satu operasi di sini pada Rabu (8 September 2021).

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, pada 8 September 2021( Rabu) jam 5 petang pasukannya membuat rondaan di kawasan laut antara Selatan Kulapuan Semporna telah menahan sebuah bot laju berwarna biru yang tidak mempunyai nombor pendaftaran menggunakan enjin sangkut jenis Yamaha 85hp.

“Hasil Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut dinaiki oleh 11 orang penumpang termasuk lelaki, wanita dan kanak kanak datang dari arah perairan Filipina dan telah masuk ke perairan Semporna (Malaysia).

“Siasatan ke atas juragan dan anak perahu mendapati kesemuanya tidak memilik dokumen Pengenalan diri yang sah dipercayai warganegara Filipina. Pemeriksaan juga tidak menemui barang-barang yang menyalahi undang-undang di dalam bot laju tersebut,” kata Mohammad dalam kenyataannya menerusi laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

Tambahnya, selesai membuat pemeriksaan, juragan dan kesemua anak perahu telah diarahkan berpatah balik ke perairan Filipina dan diiring keluar dari perairan Semporna selaras dengan kehendak undang-undang dibawah Akta Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

Justeru itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular